Hal Ini Mustahil Dilakukan Real Madrid Pada Ronaldo

Baru-baru ini laporan akhbar daripada Portugal, A Bola melaporkan seorang jutawan dan pemilik kelab bola sepak di China sedang menyediakan jumlah wang yang besar untuk memastikan perpindahan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo ke kelab China itu menjadi kenyataan.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan bahawa pemain kelabnya, Cristiano Ronaldo tidak akan meninggalkan La Liga selepas penyerang itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di China.

Malah, bekas pengendali Brazil dan Portugal, Luis Felipe Scolari mendedahkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sering bertanya kepadanya tentang bagaimana kehidupan di China.

Ianya sekaligus menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan bahawa Ronaldo akan berhijrah menyertai kelab dari China.

Scolari yang merupakan bekas pengurus kelab liga super China Guangzhou Evegrande berkata, bukan sekali Ronaldo bertanyakan kepadanya tentang kehidupan di negara itu, tetapi sudah banyak kali.

Ronaldo masih mempunyai kontrak bersama Real menyebabkan kelab itu menganggap spekulasi perpindahannya ke China sebagai mengarut.

Perez juga menafikan berita Ro­naldo akan meninggalkan Santiago Bernabeu selepas pemain skuad kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan 37 gol dalam 35 penampilannya bagi semua pertandingan bersama Real.

“Ronaldo tidak pernah membuat permohonan untuk berpindah. Dia juga masih mempunyai kontrak bersama Real,” kata Perez.

Pada masa sama, Perez menolak kemungkinan ditimbulkan oleh Scolari yang kini mengendalikan Guangzhou Evergrande bagi musim 2015-2017 di CSL.

“Jika kamu mempunyai rakan yang tinggal di Hong Kong, kamu bertanya mengenai kehidupan mereka di sana dan ia suatu perkara yang biasa,” ujarnya.

Ronaldo kini menjadi tumpuan selepas menjaringkan empat gol ketika Real membenam Girona 6-3 pada saingan La Liga hujung ming­gu lalu.

Kapten pasukan Portugal itu kini ketinggalan tiga gol di belakang Lionel Messi yang mengumpul 25 gol dalam senarai penjaring terbanyak La Liga.


Sumber: Semuanyabola
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==